Kejadian berlaku lewat petang tadi. Tujuan nak keluar pergi beli goreng pisang aje. Boleh pulak tambah masalah. Inilah akibatnya hidup di kediaman yang konon-konon high class. Yelar rumah kan KLCC view. Jangan gunakan KLCC sebagai point of interest. Nampak luar rumah macam gah tapi masalah semakin lama semakin bertambah.
Mood hari ini "Awak dah jatuhkan self-esteem saya!"
T__T
Ok tips untuk tahu time bila aku mmg down giler. Waktu macam inilah, petandanya bila air mata aku dah bergelinang. Itulah susah jadi orang yang sensitif. Kalau bercakap dgn aku kena berhati-hati tapi orang yang dah faham memang tak jadi masalah. Kalau mereka yang tak nak faham tuh silalah angkat kaki.
I don't mind and you may go.
Nak aje aku jerit kat kau, "Saya beli lesen dari JPJ. Itu yang lepas dapat lesen!"
Aku pun dah lama ada lesen tapi tak pernah sekali dalam hidup aku memperlekehkan orang lain.
Bukan kau sahaja yang ada kereta. Bukan kau sahaja ada lesen.
Bezanya bila kau bawa kereta kecil dan dibandingkan dengan kereta yang aku bawa. Bak tang kereta kau yang kecil comel dan mungkin juga auto bagi kat aku bawa. Lebih mudah.
Senang cerita mari buat sistem barter dgn aku.
Ok. Mula-mula aku nak cakap terima kasih lar dekat kau.
Pengajaran kau pada aku tadi memang diambil jadi teladan.
Teladannya, kita sebagai manusia harus berhati-hati dengan kata-kata dan saling hormat-menghormati.
Kalau kau dah memang jenis tak boleh sabar, tolong jangan cari pasal dgn aku.
Aku nampak diam tapi jangan naikkan temperature aku. Aku pun ada hadnya.
Nanti meletup habis anak bini kau sekali kena.
Nak aku parking kereta kat mana kalau tak menyusahkan kau?
Bagi aku kunci pagar rumah kau, aku nak parking kat porch rumah kau.
Lagi teduh. Lagi selamat. Lagi senang aku nak keluar masuk.
Orang berhemah sentiasa saling tolong-menolong.
Kalau nak salahkan aku, tak apalah nak buat macam mana. Silakan.
Tapi menjatuhkan self-esteem orang lain memang buat aku jadi panas.
Tak tahu hormati orang lain langsung.
Kalau boleh nak mencarut aku boleh saja cakap tapi setakat ini belum lagi lar terlepas.
Sekarang ini aku berdoa semoga masa lebih cepat berlalu supaya aku boleh pindah dari tempat yang dah jadi macam apa ni. Dengan tuan rumah yang selalu rasa rumah sewa dia adalah sebuah kondominium. Ditambah pula dengan perangai new housemates yang aku rasanya macam nak sepak-sepak aje bila selalu sepahkan barang. Tambah-tambah lagi dengan jiran tetangga yang kadang-kadang tak masuk akal, mencari tuan rumah sehingga ke tingkat 2 sedangkan tuan rumah tinggal di tingkat 1?
Inilah satu cerita yang jarang sekali aku nak luahkan dekat sini. Hehe...
Insyallah. Aku mahu cepat pindah!!!
Aku mahukan tempat yang lebih selesa.
Tiba-tiba teringatkan abang-abang aku yang selalu protect aku.
I wish they are here. T__T
I'll do anything for a SMILE,
With Love, Heart







